KLIK DI SINI UNTUK BANTUAN MENGURUSKAN BISNES ANDA.

Sunday, November 21, 2010

AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH....

Sama-sama kita kongsi dan amalkan... InsyaAllah..

1. Muharam:
- 1-9hb sunat puasa.
- 10hb sunat puasa hari Asyura.
2. Safar:
- tidak ada amalan khusus. Tidak ada bala seperti kepercayaan sesetengan orang Islam.
3. Rabiulawal:
- kebiasaan orang Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12hb.
4. Rabiulakhir:
- Tidak ada amalan khusus melainkan perkara-perkara amalan sepanjang masa.
5. Jamadilawal:
- Tidak ada amalan khusus melainkan perkara-perkara amalan sepanjang masa.
6. Jamadilakhir:
- Tidak ada amalan khusus melainkan perkara-perkara amalan sepanjang masa.
7. Rejab: bulan yang dikenali sebagai bulan Allah...
- puasa 1 hari: mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
- puasa 2 hari: mendapat kemuliaan daripada Allah.
- puasa 3 hari: diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal.
- puasa 7 hari: ditutupkan 7 pintu neraka.
- puasa 8 hari: dibukakan 8 pintu syurga.
- puasa 10 hari: Allah akan memakbulkan permintaannya.
- puasa 15 hari: Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
- tambahan puasa: menambahkan pahalanya.
- membaca surah Al-Ikhlas.
- membaca Al-Quran.
- membanyakkan doa, istighfar dan lain-lain.
8. Syaaban:
- 15hb: Nisfu Syaaban (baca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya panjang umur, murah rezeki dan ditetapkan iman), jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal tetapi boleh dibuat bila-bila masa, digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak (30hb Syaaban).
9. Ramadhan: dikenali sebagai bulan al-Quran...
- Membaca doa pada awal malam Ramadhan.
- Solat sunat Tarawih dan witir pada waktu malam.
- Membanyakkan membaca al-Quran.
- Membanyakkan sedekah.
- Membanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya pada sepuluh malam terakhir.
- Mengerjakan umrah (jika mampu) kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji bersama Rasulullah s.a.w.
10. Syawal:
- Membayar zakat fitrah.
- Solat sunat Aidilfitri.
- Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
- Membaca takbir dari terbenam matahari 30hb Ramadhan sehingga solat sunat Aidilfitri.
- Membanyakkan ibadat pada malam 1hb Syawal.
11. Zulkaedah:
- Tidak ada amalan khusus melainkan perkara-perkara amalan sepanjang masa.
12. Zulhijjah:
- 1-8hb sunat berpuasa.
- 8bh: banyakkan beribadat pada malamnya.
- 9hb (hari wuquf): banyakkan beribadat di Arafah, sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, membaca surah al-Ikhlas 1000 kali.
- 10hb (hari Raya Haji): solat sunat Aidiladha, membaca takbir, melakukan ibadat korban/sedekah.
- 30hb: membaca doa akhir tahun Hijrah, membaca doa awal tahun Hijrah selepas waktu Maghrib.....
Pandangan anda amat dihargai

0 ulasan:

Jom baca artikel kat sini plak....

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved