KLIK DI SINI UNTUK BANTUAN MENGURUSKAN BISNES ANDA.

Monday, January 30, 2012

Jom Join Segmen Ni Jom!!!

Assalamualaikum semua....

Akak taknak cakap panjang-panjang ni... 
Kejar masa... 
Wat entri straight to the point je laaa... 
Hehehe...

Akak nak ajak ramai-ramai join segmen 

'Adore Your Arts Part III'....


Khas untuk mereka yang meminati seni, 
contohnye seni lukis ke, seni fotografi ker... 
leh ler join....

Jangan lupe klik link ni tau....

Cam akak ni ler... minat melukis... 
Sape-sape yang lom penah tengok artwork akak, 
leh tengok contoh kat bawah ni...

 *Kalau nak tengok lagi, klik bahagian atas kanan, ade himpunan artwork akak kat situ....

Ni artwork yang menggunakan 100% Microsoft Excel.... 
Ade yang tak percaya ngan artwork akak ni...

Akak tak tipu, ni memang betul akak yang lukis.... 
Kalau tak percaya jugak, meh datang umah akak ni, 
akak lukis vector depan mata korang.....
Baru tau....

Sape-sape yang join & ade rezeki menang, 
leh dapat doodle & vector free dari ahli-ahli group WLA.... Akak pon antara pen'sponsor'nye.... 

So kalau nak dapat vector free dari akak, 
jangan lupe join ehhh...

Ok, bubbye!!!!


Pandangan anda amat dihargai

Sunday, January 29, 2012

UNTUK MEREKA YANG BERGELAR SERIKANDI.....

Salam semua...

Akak terjumpa drawing yang comel ni masa berblogwalking tadi...



Sangat-sangat comel dan yang penting isi yang hendak disampaikan...


Akak dah pun memasuki fasa ke-3, sebagai seorang ibu... masa yang berlalu bagai tak terasa.....
*mood bersyukur & terharu  ---> :')


"Anak-anaklah yang membuka pintu Jannah ibubapanya dan pintu Jannah anak-anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya...."

Khas untuk mereka yang bergelar serikandi....


(*terasa sebak juga.... syukur ke hadrat Allah SWT kerana menzahirkan akak sebagai seorang muslimah.... Alhamdulillah =)




Pandangan anda amat dihargai

Saturday, January 28, 2012

JENIS-JENIS BLOGGER.....

Salam semua...

Dalam tempoh hampir 2 tahun akak berkecimpung dalam dunia blogging ni.... banyak jugak laaa akak terjah blog-blog yang ada ni.... ada blog yang biasa-biasa, jugak blog yang femess....

Akak sebenarnye dah lama nak tulis entri ni.... Pikir panjang jugak laaa.....

Mmmmm.....

Rasa-rasa leh kita wujudkan kategori-kategori tertentu untuk blogger-blogger nih....

Antaranya....:


---> Blogger baru, follower tak ramai... orang lain ade blog, die pun nak ade blog jugak.... rasa terdesak untuk tambahkan follower blog die....


---> Blogger biasa, tak femes sangat.... ada follower.... blog hanya untuk melaporkan aktiviti seharian...


---> Blogger biasa, tak femes sangat.... ada follower... blog hanya di'update' sekali sekala...


---> Blogger femes, ramai follower... cergas meng'update' blog.....


---> Blogger femes, ramai follower... suka wat contest (leh tambahkan follower kot)....


---> Blogger yang sangat femes, sangat ramai follower.... setiap entri mesti dapat banyak komen (tapi tuan blogger langsung tak reply komen follower die...)


---> Blogger yang sangat femes, sangat ramai follower... tak pernah reply langsung komen-komen dari pengomen tegar... cam sombong sikit (tak pernah @ jarang sekali nak jenguk blogger-blogger yang rajin singgah blog die)...


Rasa-rasa 
korang blogger yang cam mane....?

thanks to encik Google.....


DISCLAIMER: Ini hanya sekadar pendapat peribadi akak.... Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana blogger di luar sana... Kalau ter'kena' batang idung tu, akak mintak maaf & dok diam2 saje laaa....



Pandangan anda amat dihargai

Friday, January 27, 2012

BILA DIA DIPAKAIKAN TUDUNG.....

Salam semua...

Dah lama jugak akak biarkan blog ni tanpa diupdatekan...

Bukan ape, sejak kebelakangan ni akak ade banyak sangat perkara nak disetelkan...

Tula, banyak sangat hobi & kegemaran.... Tak terkejar jadinye.....

Hari ni akak telah memaksa diri untuk melukis potrait lagi.... seperti biase la, akak hanya guna excel....

Asalnye nak lukis wajah artis ni...



Tapi sekali gini plak jadinye....


Kat WLA, ramai yang teka akak lukis Nabila, anak rocker Amy Search.... Akak nak lukis muka Shera Ayub ni haaa..... camne la jadi lain nih... hehehehe

Akak lukis potrait Shera ni siap pakaikan die tudung.... Kalau si Shera ni tau, agak-agak die marah tak? Jangan marah ehh Shera.... akak tengok Shera ni comel sangattt!!!.... kalau pakai tudung, berganda-ganda kecomelan Shera ni tau....

Tula, sebab lama sangat tak melukis, kan dah tak jadi! (alasan je kot.... =)

Apepon, jom baca sedikit pendapat bertudung atau menutup aurat bagi perempuan Muslim...

Jom baca sini (peringatan untuk diri akak juga):



Dalam persoalan menutup aurat ini, anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. 

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. 

Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna. 

Ketiga, langsung tidak menutup aurat. 

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. 

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.


Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. 


Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. 

Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.



Sumber: Berita Harian 2008


*Maaf, entry ini bukan bertujuan untuk mempersoalkan @ menyentuh hak peribadi sesiapa di luar sana.... maaf sekali lagi kalau ade yang terasa....


Pandangan anda amat dihargai

Sunday, January 1, 2012

KARYA PERTAMA TAHUN 2012

Salam semua...

Alhamdulillah, 
dalam kesibukan sebegini, akak sempat jugak menzahirkan sebuah karya/artwork Excel yang pertama dalam tahun 2012... 

Karya ini untuk adik Amalina... 

Sorry sangat sebab amik masa yang lama untuk siapkan potrait Amalina ni.....

Akak harap Amalina happy mendapat potrait yang tak seberapa nih....



Pasni akak nak sambung memanik plak tau....

Wassalam & bubbye!!!


Pandangan anda amat dihargai

HAPPY NEW YEAR 2012!!


Salam semua....

Akak nak ucapkan 
Happy New Year 2012 
kepada semua sahabat-sahabat akak di mana jua berada... 

Akak doakan moga tahun baru ni membawa seribu rahmat kepada kita semua...

Mana yang buruk itu kita tinggalkan, 
kita sama-sama berusaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik... 

InsyaAllah...

Wassalam & Bubbye.....

* Apa azam baru korang untuk tahun 2012 ni?

Pandangan anda amat dihargai

Jom baca artikel kat sini plak....

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved