KLIK DI SINI UNTUK BANTUAN MENGURUSKAN BISNES ANDA.

Sunday, July 21, 2013

TUTORIAL: MS EXCEL DRAWING ~ KUCING

Assalamualaikum.... 

Hari ni akak rasa nak buat entri tutorial. Kali ni tuto camne nak lukis guna Shapes yang ada kat Excel. Yang ni tuto simple saja, sesuai untuk yang baru nak mencuba drawing guna Excel. Akak gunakan kucing sebagai subjek untuk tuto ni. 

Ok, memula sekali bukak ler Excel dulu. Pastu korang klik kat View, pastu klik Gridlines. Tujuannya untuk hilangkan kotak-kotak yang ada kat Sheet tu. Contoh seperti dalam gambar kat bawah nih.


Nanti korang akan dapat Sheet yang kosong camni. Baru boleh draw pasni. Kalau tak buat langkah pertama tadi, bawah drawing korang akan nampak kotak-kotak tuh. Kan tak lawa nanti.....




 Langkah seterusnya, klik Insert pastu klik Shapes. Untuk kucing ni akak gunakan bentuk Oval.




Akak gunakan 2 Oval, satu besar sikit dari yang satu lagi. Pastu drag dan tindihkan Oval yang kecil atas Oval yang besar.



Korang letakkan kursor kat Oval kecik tadi, klik Shape Fill. Pilih warna putih. Buat langkah yang sama kat Oval besar, cuma Oval besar kita fill kan dengan warna hitam. Yang ni untuk bentukkan badan dan kaki si kucing ni. Tengok contoh di bawah untuk lebih jelas.


Seterusnya, klik lagi sekali lagi kat Insert, Shapes. Kita gunakan Oval untuk membentuk kepala dan Right Triangle untuk telinga kucing. Right Triangle ni boleh diputarkan 360 darjah, jadi korang pusingkan triangle untuk kedudukan yang sesuai kat kepala kucing. Klik kat bentuk-bentuk ni tadi, klik Shape Fill dan pilih warna hitam (warna lain pun bolehhhh).


Langkah berikutnya, kita buat ekor kucing pulak. Akak guna Curve jer untuk ekor die. Adjust ketebalan Curve tu, klik jer Shape Outline, Weight, Line Style dan tambahkan Width pada Curve tersebut. Senang cerita tengok je kat gambar bawah ni.



Pastu, korang lengkapkan bahagian-bahagian yang lain. Bila dah siap, kena pulak Copy & Paste ke Paint. Caranya, korang klik Find & Select, Select Objects. Pastu gerakkan kursor sampai keluar kotak biru, contoh kat gambar bawah nih.



Pas dah keluar kotak biru tu, nanti korang akan dapat camni pulak.... Korang kena klik Copy... Bukak program Paint kat pc/laptop korang, Paste pastu Save.....

Nanti korang akan datang kucing camni.. 
Taadaa!!!! 




Boleh la kan? Dah terer drawing guna Excel ni nanti korang boleh draw kucing dalam pelbagai bentuk yang lain. Kucing-kucing kat atas tu semua akak draw guna Excel. Selamat mencuba!!!
Pandangan anda amat dihargai

7 ulasan:

nurdani said...

kreatifnya akak! saya suka bentuk kucing yang akak gunakan tu. out of the box

Keri Ikhwan said...

tak pernah terfikir plak nk buat kucing pakai shape yg tu. biasa buat kucing bulat2 je .
tapi kucing yg last tu dr dulu lg saya x dpt jwpn camne nk buat camtu

Zarini Junita said...

Keri: nanti akak tunjuk camne akak wat kucing yang ade bulu tuh...

abdooss said...

Comel! :)

fasham said...

jemput join mini giveaway dari lolista...
http://lollista.blogspot.com/2013/08/first-mini-giveaway-by-lollista.html

mohd nazri said...

Assalamualaikum. wahh sungguh creatif. akk wat meOw kai drwing ni huhu nnt boley la ajar2 adk kak. :D

Zarini Junita said...

Waalaikumussalam... Try la mohd nazri.. senang je lukis guna excel ni... =)

Jom baca artikel kat sini plak....

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved