KLIK DI SINI UNTUK BANTUAN MENGURUSKAN BISNES ANDA.

Saturday, July 20, 2013

DARI KERANA MATA....

Assalamualaikum...

Banyak-banyak benda yang ada kat dunia ni, akak paling gemar melukis potret orang. Melukis potret ni memang ada cabarannya tersendiri. Bukan semua orang boleh buat.
Selalu kalau akak draw potret, akak akan start lukis muka dulu. Dah siap muka, ada satu part ni yang akak suka sangat iaitu bahagian mata. Tak pasti pulak kenapa, memang mata la bahagian kat muka yang akak akan lukis dulu. Rasanya memang tak pelik kot, pelukis-pelukis yang ada kat luar sana pun mungkin gemar melukis potret pada bahagian mata.

Mata ni bahagian yang istimewa pada wajah manusia. Sampaikan orang kata, ada perasaan cinta bermula dengan pandangan pertama. Kita jumpa orang pun mesti kita tengok mata orang tu kan? Mmmm apekebenda la akak membebel nih.....



Seperti dalam pic kat atas ni, kebelakangan ni akak melukis guna MS Excel je. Sebab senang kot... Hihihi... 
Untuk menghasilkan warna & shading yang agak-agak 'soft', akak menggunakan Soft Edges. Lepas tu akak adjust kat Line Width. Tu la cara akak.
* Mata yang sebenar tu mata akak yer...



Yang lain-lain ni, saja je akak ubahsuai warna 'eyeshadow', sebab dulu masa kecik-kecik memang berangan nak jadi tukang solek atau orang sekarang panggil M.U.A. Apa-apapun, korang jamu mata yer ngan hasil drawing akak yang tak seberapa nih.








Ok, bye. Assalamualaikum!

Pandangan anda amat dihargai

Wednesday, July 3, 2013

INILAH SIFU AKAK....

Assalamualaikum....
Korang sihat? Akak dalam kesibukan yang amat... Biasa ler, ibu berkerjaya kan... Nakkk juga berblog... Sekali ambik kau!! Setahun lebih tak update... Nasib baik blog tak naik kulat... Hehehe

Petang tadi sambil menidurkan si Amnani, akak pun bukak ler Facebook... Antara group yang akak selalu skodeng, group WLA...  Sekali ternampak ler satu post kat group ni berkenaan seorang daripada admin WLA ni iaitu Nurdani...

Rupa-rupanye si Dani ni dah glemer laa... 29 Jun yang lepas, Dani terpampang dalam akhbar Utusan Malaysia dalam segmen Blogger Pilihan... Waaaaa, tahniah laa Dani... Akak tumpang bangga sangat-sangat!!


Untuk pengetahuan korang yang belum tau lagi, Nurdani ni la yang bertanggungjawab menyebabkan akak terjerumus semula ke dalam kancah lukisan ni (setelah bertahun-tahun ku tinggalkan kancah ini...)... Melalui blog Dani lah akak belajar melukis menggunakan Microsoft Excel.... Senang cerita, Dani ni lah sifu akak....
 Sebelum ni, akak hanya tahu melukis dengan menggunakan material yang biasa orang lain guna...

Kalau orang lain menggunakan software AI, SAI, Photoshop dan lain-lain, akak cuma reti guna Excel je untuk melukis kat laptop.... Dah tua agaknye, nak belajar guna software tu semua dah tak masuk di akal.... Hehehe....

Akak pun pernah jugak melukis potret Dani menggunakan Excel... Tu pun setelah ku godek-godek album kat fb die... Satu je gambar die akak jumpe... 


Apapun akak doakan semoga Nurdani terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi....
Dah glemer nanti, jangan lupe kat akak yer Dani....

Korang boleh ler menjenguk kat blog Dani... Macam-macam ada tau...

Ok, setakat tu je entry akak kali ni....

Assalamualaikum...

Pandangan anda amat dihargai

Jom baca artikel kat sini plak....

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved