Salam semua...
Dah lama jugak akak biarkan blog ni tanpa diupdatekan...
Bukan ape, sejak kebelakangan ni akak ade banyak sangat perkara nak disetelkan...
Tula, banyak sangat hobi & kegemaran.... Tak terkejar jadinye.....
Hari ni akak telah memaksa diri untuk melukis potrait lagi.... seperti biase la, akak hanya guna excel....
Asalnye nak lukis wajah artis ni...
Tapi sekali gini plak jadinye....
Kat WLA, ramai yang teka akak lukis Nabila, anak rocker Amy Search.... Akak nak lukis muka Shera Ayub ni haaa..... camne la jadi lain nih... hehehehe
Akak lukis potrait Shera ni siap pakaikan die tudung.... Kalau si Shera ni tau, agak-agak die marah tak? Jangan marah ehh Shera.... akak tengok Shera ni comel sangattt!!!.... kalau pakai tudung, berganda-ganda kecomelan Shera ni tau....
Tula, sebab lama sangat tak melukis, kan dah tak jadi! (alasan je kot.... =)
Apepon, jom baca sedikit pendapat bertudung atau menutup aurat bagi perempuan Muslim...
Jom baca sini (peringatan untuk diri akak juga):
Dalam persoalan menutup aurat ini, anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna.
Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna.
Ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji.
Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Sumber: Berita Harian 2008
*Maaf, entry ini bukan bertujuan untuk mempersoalkan @ menyentuh hak peribadi sesiapa di luar sana.... maaf sekali lagi kalau ade yang terasa....
Pandangan anda amat dihargai